makropengajaran mata pelajaran Science

Saturday, October 1, 2011

KRT3013  TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

UNIT 1 : PENGENALAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat :
  1. Menjelaskan secara umum definasi pengintegrasi teknologi dalam pendidikan.
  •  Teknologi membawa dua maksud:
  - Teknologi sebagai proses- ke arah penyelesaian kepada  masalah
    dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang
     berkesan dan teruji (Finn,1960)
  - Teknologi sebagai produk atau bahan-penghasilan perkakas dan
                                                            perisian hasil
  •  Definisi teknologi pendidikan : Teknologi pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan   teknik ke arah pencapaian P & P yang berkesan.
  •  Teknologi dalam pendidikan adalah integrasi proses dan produk ( alatan) untuk meningkat atau memudahkan proses P & P.
     2.  Menerangkan tiga era sejarah perkembangan teknologi komputer dalam pendidikan.
  •  Era Pra Penggunaan Mikrokomputer
           - 1950, Instruksional pertama penggunaan komputer
           - 1959, diperkenalkan kepada murid sekolah
           - 1960-1970, penggunaan sistem perkongsian masa universiti
           - Hujung 1970, Doninasi syarikat Pusat Kurikulum Komputer (CCC) dan Pusat Kawalan Data 
             (CDC) dalam pendidikan
  •   Era Mikrokomputer
            - 1977, Mikrokomputer pertama diperkenalkan di sekolah
            - Awal 1980, Pergerakan perisian penerbitan dimulakan
            - 1980-1990, Sistem Pembelajaran Bersepadu diwujudkan
  •  Era Internet
           - 1994, lahirnya Web
           - 1998, International Society for Technology in Education(ISTE) membangunkan piawaian komputer
           - 2000, penggunaan multimedia di dalam internet mula berkembang

      3.  Menerangkan 4 perspektif perkembangan dan penggunaan teknologi dalam pendidikan

           - Teknologi Pendidikan sebagai Media dan Komunikasi Audio Visual-slaid dan filem dalam P & P
           - Teknologi Pendidikan sebagai Sistem Instruksional dan Reka Bentuk Instruksional
           - Teknologi Pendidikan sebagai Latihan Vokasional- latihan vakasional menyediakan murid kepada 
              alam perkerjaan yang sebenar & latihan vokasional dijadikan praktikal dalam semua bidang latihan
          -  Teknologi Pendidikan sebagai Sistem Komputer- proses pengintegrasian sumber teknologi


      4.  Menjelaskan 4 rasional penggunaan teknologi dalam pendidikan
           A  Perkara Berkaitan dengan Motivasi
                - Mendapatkan tumpuan pembelajaran.- penggunaan alat media untuk mencapai objektif
                   instruksional pembelajaran.
                - Mengaitkan murid kepada produksi kerja
           B  Keupayaan Instruksional yang Unik
                - menggantikan kaedah pembelajaran yang tradisional dengan mengaitkan murid kepada sumber
                  maklumat, sumber pendidikan dan alatan pembelajaran, memvisualisasikan permasalahan dan 
                  rumusan, menjejaki perkembangan murid
           C  Sokongan Kepada Kaedah Instruksional yang Baharu
                - Pembelajaran secara koperatif
                - Perkongsian intelektual
                - Penyelesaian masalah dan pemikiran tahap tinggi - membolehkan guru untuk menyediakan
                  objektif yang kompleks, untuk jangka masa yang panjang . memerlukan kemahiran tahap
                  rendah  dalam penyelesaian masalah

       5.  Membincangkan 4 isu penggunaan teknologi dalam pendidikan
            A   Isu Sosial Budaya- penerapan teknologi maklumat dapat diterapkan ke dalam masyarakat

            B   Isu Ekonomi -pelaburan yang besar untuk merealisasikan penggunaan teknologi dalam
                                       pendidikan

            C   Isu Pendidikan -teknologi yang digunakan dapat mencetuskan pembelajaran yang diinginkan
                                         -teknologi itu menjadi pemangkin kepada tercapainya objektif pembelajaran.

            D   Isu Undang-Undang dan Etika- Perkembangan teknologi Web telah mencetuskan persoalan
                                                                  berkaitan dengan perundangan dan etika.





No comments:

Post a Comment